April 19, 2012

Macam mana nak "apply bahagian Kementrian Kesihatan" (SPA)?

Assalamualaikum.
uhuk. uhuk. *batuk sebab bersawang sikit blog nie.

Alhamdulillah, dapat jugak lagi aku hupdate entry. Final exam pun dah tamat semalam. lega. ringan kepala aku. Entry nie aku tak nak bebel lain, sebab nie entry khas untuk adik-adik lepasan spm yang duk tanya kat aku macam mana nak apply nursing or bidang kesihatan nie.

Aku rasa ramai kot yang dah tahu aku sekarang tengah study Diploma Nursing tajaan KKM (Kementrian Kesihatan Malaysia). buat yang tak tahu, sekarang dah tahu kan? :) macam mana ek aku apply dulu?

1. bukak google, then taip je "SPA 8"

Macam nie ha. kalau nak besarkan, klik gambar.
keluar macam nie kan? then klik je macam yang dekat anak panah tuh.

2. step nie pulak.

keluar macam nie lepas step 1 tadi.
klik dekat anak panah tuh nanti.

3. step seterusnya.

lepas klik yang step-2 tadi, dia akan keluar 
benda nie, ok, sekarang nie pilih yang "server 2".
kalau "server 2" tuh ada problem.
cube try "server 1"

4. step seterusnya dan seterusnya.

lepas klik yang step-3 tadi, dia keluar
macam nie pulak. nampak tak 
anak panah tuh? klik situ. bagi
korang-korang yang tak pernah 
daftar, sila klik situ. but, after korang
dah daftar, just "log masuk" je ok?

5. seterusnya.
dah daftar kan? time daftar tuh hati-hati taw? SPA nie, sekali kita daftar, lepas tiga tahun baru akaun tuh    mati. mula-mula daftar tuh, dia akan mintak no-ic,nama,e-mail dengan apa tah lagi. tapi yang e-mail tuh nanti, make sure e-mail sendiri taw? nanti diorang akan hantar password tuk korang "log masuk". 

Kalau tak faham, nak tanya pape pasal SPA 8 nie, boleh tanya aku ok? kalau aku boleh tolong korang, aku tolong ok? cari aku kat FB or komen je kat entry nie. FB aku : "Wanizz nizz"

Bubye sha-yangggg! Gudluck.




1 comment:

Chair Daily said...

waah..terima kasih...sangat2 membantu..^_^..dari dulu x taw camna nak aply..