December 30, 2011

Perempuan memang macam tuh.

Assalamualaikum peeps.

Selamat hari jumaat. Jumaat yang terakhir dalam tahun 2011 :)

Ok, aku bukan nak bercakap tentang tuh, tapi aku nak bebel pasal Tentang Dhia, episod akhir semalam. Betul tak kalau aku kata ramai yang meleleh air mata secara tak disedari? Hikhik. Ohh, aku include sekali kottt. *mengaku je, malas nak selindung-selindung dahhh -.-

Lepas je tamat, 99.99% status kat Facebook, Twitter semua pasal Tentang Dhia. Kuat betul penangan drama tuh. Tapi memang tak nafikan, terbaik ahh drama tuh. Sedih dia menusuk organ dalaman kot. Ok, aku over =P Haish, tak boleh tahan bila part nenek Dhia tanya dia nak dimadukan ke atau diceraikan. Wahai kaum Hawa sekalian, sila jawab. Kalau lah aku kan, dua-dua aku tak nak, mana ada perempuan yang sanggup dimadukan. Apatah lagi kalau diceraikan. Ye dop? Dah lama hidup bersama, tetibe nak kena cerai, mungkin sanggup bermadu kot walau sekalipun dah tahu pahit nye nanti.

Time part tuh, mata aku memang dah lemas bertakung ngan airmata. Tahan, tahan, malu nak nangis sebab tengok dengan orang, kalau aku sengsorang, mau meraung. HAHAHA. Ok, over lagi. Itu baru satu part, lagi satu part yang memang sadis giler part Dhia siapkan Zikir nak pergi akad nikah, Ya Allah, sumpah sedih ! Kalau part tadi mata aku bertakung, kali nie, tak bertakung dah. Dia dah melimpah ruah membasahi pipi aku. *ayat tak nak kalah =P Bm A+ nie. Siapa boleh tahan kan menyiapkan orang terchinta tersayang nak menikah dengan orang lain, memang tak bolehh weehhh. *Chewaahh, aku cakap macam berpengalaman. MUAHAHAHA. Mari gelak beramai-ramai dekat aku. Ok, stop-stop.

Tapi, ending drama nie tak berapa nak sedap, sebab aku tak puas hati tak nampak Ku Salmi tuhh. Tah kemana dia hilang bersama hantu raya Pak Boon kann ? HAHA. Ehh, jap, sekurang-kurangnya, aku puas hati bila Zikir mati, sebab biar Rose hidup kesorangan. LOL. *dengki

Mai kita tengok status manusia-manusia semalam pasal Tentang Dhia :)


Twitter ponnn :)

Twitter Zikir . Hikhik.


P/s : See? Kan dah kata =D
       OKBAI.

No comments: