December 28, 2011

Hye smoker yang kacak !

Assalamualaikum. Hari nie hujan lebat sangat. Cuaca sejuk-sejuk. Tapi hati aku nie tak berapa nak sejuk. Entry yang nie tah tetibe aku nak bebel pasal PEROKOK BIADAP, mungkin panjang mungkin pendek.

Maaflah kepada Si Smoker yang kacak if yu baca entry ini. Tapi lagi kacak kalau lepas baca entry nie, buang sifat biadap yu oll. Aku memang sejak azali aku tak suka lelaki yang merokok, perempuan apatah lagi kan. Hilang kekacakan anda kalau anda merokok tahu. Yang si perempuan, hilang keayuan anda :)

Tapi aku nie boleh terima taw kalau perokok tuh tahu nak merokok secara sopan. Means, dia tak merokok depan orang ramai. As we know, second-hand smoker nie akan dapat lebih teruk effect nya kalau sedut asap rokok orang lain. Apa kata, Si smoker yang kacak nie, telan je asap rokok tuh, tak payah nak hembus-hembus. Kan senang? Tak payah nak bagi orang lain mampus sekali.

Aku pantang betul kalau tengok orang yang merokok dikhalayak ramai nie. Biadap perkataan yang sesuai untuk kaum-kaum nie. Kau kalau nak mampus, pegi mampus sorang. Jangan libatkan orang lain. Lebih sakit hati bila orang-orang yang merokok nie merokok depan kaum hawa yang tengah pregnant, tak kisahlah itu bini dia ke, makcik dia ke, adik dia ke, fikir lahh sikit, kau bukan merosakkan Si Hawa yang pregnant tuh,tapi baby yang dalam perut tuh sekali. Kalau lahh baby tuh boleh bercakap, mesti dia kata "Tolong merokok tempat lain boleh? Saya nak merasa nikmat hidup didunia :)"

Buat kaum-kaum Smoker yang kacak lagi hensem, nak nasihat kan suruh behenti merokok pon maybe susah kan. Jadi nasihat aku kat sini, kalau nak merokok, sila merokok jauh dari orang ramai, biar asap rokok tuh kau sorang je yang sedut. Faham? Tapi kan, kan lagi kacak dan hensem kalau korang try behenti merokok? Sekarang dah macam-macam ubat dah Kementrian Kesihatan sediakan untuk Smoker yang kacak nie jadi lebih kacak dengan behenti merokok. Kan lebih bagus tuhhh :)


P/s : Aku memang dah lama nak bebel pasal Smoker nie. Ngeee !
       Sayangilahh kesihatan diri anda dan orang disekeliling anda :)
       Hensemnya dia tak MEROKOK !



Sila patuhi tanda ini :)

Ikhlas lagi simpati : Waniey 
OKBAI

No comments: