Happy new year !
Mohon simpan memori shuwit shuwit 2012, dan mohon buang, padam, campak memori buruk 2012. *okay good*. banyak lagi memori baru yang nak simpan dalam tahun ni. Insyallah.
Semua orang duk pasang azam baru, padahal tak sedar azam lima tahun lepas pun tak tertunai. haha. mungkin aku sedang berkata kata dihadapan sang cermin. untuk diri aku, takde azam baru pun, just mengharap kan tahun 2013 nie lebih baik daripada tahun sebelum nie. Insyallah.
Kalau sebelum nie duk kuat sangat propa, kuat sangat tarik kerusi duduk reramai lepas tuh cakap cakap, gosip gosip pasal orang sambil tangan sekali menggelabah, mohon tahun nie kurang kurang kan lah, bukan lagi kurang tapi mintak dijauhkan lah semua tuh. kalau tahun sebelum nie jahat, nakal , mohon tahun baru nie jadi baik. kalau tahun sebelum nie bila sakit hati je mencarut, bila marah je mencarut, benci pun mencarut, mohon tahun nie keluar lah kata kata yang lebih ayu, manis, sopan dan sedap didengar "astaghfirullahalazim". dan lagi, kalau tahun sebelum nie kurang mengaji, tahun nie harap harap bertambah lah kerajinan mengaji. #amin.
Kalau tahun sebelum nie duit mengalir laju kalah superbike, mintak mintak lah tahun nie duit mengalir dengan sepatutnya. dan kalau sebelum nie malas sangat nak study, tahun nie kena rajin, eh bukan lagi kena, tapi wajib rajin sebab tahun nie dah last semester, ada satu harapan besar dari family aku ☺
Dan kalau tahun sebelum nie single, harap harap tahun baru nie status "married" ke. haha. okay, yang nie out of the list. over melampau. panggg ! haha. kalau mak aku baca nie, mahu kena bebel sebulan tanpa henti. okay tak sanggup macam tuh. haha. tak nak status married tuh lagi, tapi semoga mak abah aku terbuka pintu hati untuk lepaskan anak dia yang kiut miut nie kat someone yang boleh bertanggungjawab ☺Insyallah.
Nampak remeh kan apa yang aku harapkan? takpe, slow slow. semoga Allah permudahkan semuanya. Insyallah.
Happy new year !
#Ambang2013Putrajaya with bestfriend.
Thanks "uolls". muah. haha.
1/1/13
Jengjalan dengan Puteri and someone☺
Hikhikhik.
#dear2013, please be nice to me, no more tears and sadness ☺
May Allah ease everything in this year. amin.
Misi wani.
No comments:
Post a Comment