December 14, 2012

Wife-to-be


Assalamualaikum ❤

*title mintak penampa lelaju, sila abaikan. tiada kaitan dengan diri aku*

Ergh bosannyew sekarang nih. aku tak taw nak buat ape. rumah sekarang tengah sunyi gila. gila gila sunyi taw? nampak tak betapa sunyi nyew sampai "gila gila", aku tekan kan lagi sekali, gila gila sunyi nie. haha. mesti rasa nak lempang aku kan? haa, lempang lah. LOL. haih, anak buah aku semua dah pulang ke ganggang masing masing. *ayat tak nak kalah*. bila dorang takde sunyi, bila dorang ada, kecoh gila. suara dorang plus suara mak lampir aku, pecah rumah ! serabut mak jemah tahu? aku memang dilabelkan suara mak lampir, gelak pontianak, kecoh macam kiah propa tapi muka cun gilaa dari kak limah. lagi sekali nak tekankan, "aku cun gila kalau nak dibandingkan dengan kak limah". wahahaha. *tangan dibahu, mata scroll keatas*

Kenapa lah cuti aku lama sangat kan, rasa macam dah setahun duduk kat rumah. dapat cuti lama pon mengeluh, cuti sekejap lagi lah mengeluh, aku pun tak faham sebenarnya dengan kehendak aku sendiri. bukan bukan. aku bukan banyak songeh, tapi tak taw lah nak habaq lagu mana. *ops, loghat utara pulak*. aku akan berhenti mengeluh bila tiap tiap hari aku tak melekat depan lappy nih. yelah, cuti nie tak kemana sangat pon, sedih taw. *sedang menipu korang*. boleh bayang tak, hari hari yang berlalu, aku adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. bia pun aku masih berstatus single bukan kekasih orang dan bukan juga bini orang, tapi aku adalah surirumahtangga sepenuh masa. *cakap ulang macam astro*. penat mak jemah taw jadi surirumah nih, baru ku sedar betapa penatnyew mak aku sebelum nih. hah, padan kan muka aku kan. sebelum nih sesedap aku je duk terlentang depan tv, duk terngange depan lappy, kaki terhayun hayun duduk atas buai *pendek*, bila time makan je ke dapur, makan tanpa rasa bersalah. hahaha. and now, aku dah sedar semua tuh. tade lagi duk perangai buruk aku tuh, aku dah berubah *cewah*

"Ketahuilah wahai kaum Hawa diluar sana, bahawasanya menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa adalah memenatkan."

Bangun pagi, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, masak tuk breakfast, cuci pinggan, sidai kain, masak lunch pulak,  lepas tuh nak kena hidangkan pulak, cuci pinggan lagi sekali. fuh, penat terr ! lepas lunch baru boleh rileks rileks sekejap. bukan rileks, tapi terlentang atas katil, terbungkang kat ruang tamu berlayar sampai ke LONDON ! haha. *saje nak tunjuk kepenatan disitu*. tapi jujur aku nak bagitaw korang, seronok sebenarnya jadi surirumah macam tuh, even penat, tapi aku rasa puas hati sangat bila tengok hasil kerja semua tuh. bila tengok rumah bersih, kemas, bila masak pun orang makan sampai habis, puji puji pulak tuh kan *bangga*, memang seronok ! ohsem !

Wife-to-be. so, practice make perfect. cewah, kemain! berangan je kerja kau jemah. haha. don't worry, lambat lagi. banyak lagi impian aku yang belum tertunai. mohon bersabar. hew hew. *gelojoh kau jemah*. LOL. okay lah, dah penat membebel. saje saje nak share stori as a "part-time housewife". hik hik. *gelak comels sambil tersipu sipu malu*. PANG, makan penampa ! kbai.

Peneman setia dikala rakan gosip ku berjauhan.
hahahaha.


ᏕᎥᏱᏨᎬᎱᎬᏞᎩ,
ᏟᎥᏦ ᏇᎪᏁᎥᎬᎩ ❤

1 comment:

cikbunga said...

ambooii bukan main lagi.. awal practice jadi housewife ahahahahah.. aku da bau nasi minyak weeehh ahahhahaha