December 19, 2012

Kawan baru.

Assalamualaikum. & hye olls. hihi.

wah wah, baru je semalam lepas update, nie update lagi. haa. nie lah jadinya kalau ada banyak sangat stori yg nak share ngan korang. hihi. *gelak comels*.

weekend baru nie aku ada date ngan bestie aku. serius rindu gila kat LIYANA, last jumpa hari raya harituh kot. tengok lama gila kan? dia lah satu satunya bestie aku yang paling dekat dengan aku, dan yang paling rapat, rajin melayan karenah aku. and family aku pun memang rapat gilos dengan dia, kalau nak hang-out, sebut je nama dia, "bagi laluh keluar jalann". bukan setakat parents aku, kakak, abang aku pon kenal dia. sayang ko LIYANA. *nanti jadi pengapit aku nak?*. LOL.

btw, time keluar harituh, kiteorang bukan berdua je, sebab dia bawak kawan UITM dia dua orang. err, mula mula jumpa, aku agak segan jugak dengan kawan dia, tah hape pelik tetibe aku jadi pemalu, serius geli aku pemalu. haha. masuk kereta, aku dah sengih sengih *sebab liyana bahan aku*, bongoks gila. aku diam je kot  dalam kereta, tapi diam aku ada lah dalam lima minit macam tuh. haha. ohh mana mungkin mulut aku senyap macam tuh, tidak akan terjadi, TIDAKKKKK ! lepas minit je, mulut aku start dah pot pet pot pet. bukak segala gosip , dah ngalahkan kiah propa. seriously. al maklumlah dah lama tak jumpa kan, ada je benda yang nak stori dengan liyana. kawan kawan dia yang kat belakang tuh dah gelak gelak dengar kitaorang sembang. *kecoh gila baq hang dalam kereta tuh*.

sambil mulut duk kecoh gosip, sampai jugak kat Manjung, saje nak gi AEON baru, kata liyana dia nak merasa gi kan, so layan kan je lah. pusing pusing, macam bosan je, then liyana terus ajak pegi Ipoh pulak sebab ada barang yang tak jumpa kan. aku memang on je lah kalau bab jalan nih, suka sangat kot. hihi. dari Manjung straight to Ipoh, jauh tuh. *haih anak dara empat orang yg kaki jalan*.

yang bestnya, aku suka gila dapat kawan baru macam dorang #nadia #faizati. happening gila, memang tangkap masuk geng lah kan, satu kepala tuh, perangai exactly sama gila #kaki gosip #gelak mak lampir #peramah #sempoi. yeaahh, memang senang nak ngam kan.

#nadia. #faizat
#kawan baru #ohsem

LIYANA merangkap bestie lama :)

together gether. hihi

disebalik gambar nih, ada peristiwa memalukan.
Ohhh, idak ler lepas nih! haha.

jalan jalan kat Ipoh, eh ada I-city terr kat Ipoh. terkejut mak! tak sangka I-city dah sampai ke Ipoh. haha. lepas tuh pusing pusng satu Ipoh, then gerak balik Seri Iskandar, aku tidur rumah sewa dorang. ouh seronoknye sebab dapat gosip gosip lelama kan. hihi. besoknya aku ajak dorang lunch kat rumah aku, saje nak spend time lagi. sayang kot nak pisah dari dorang. hurm. first time kot dapat kawan yg memang ngam gila lah dengan aku. before nie ada je, tapi takde lah se-ngam macam nih, yg before nih kena ambik masa gak. hihi. btw, happy gila dapat spend weekend dengan dorang. muah !

Jersey credit to LIYANA.
Mekaseh bagi terus.
#eh bagi pinjam.
lalalalala.


OKBAI.
Misi Wani.









No comments: