November 6, 2012

I miss her !

Assalamualaikum.

Erm rasa macam dah lama tak update kan. boleh dikatakan sangat busy life aku sekarang. nie pon tengah menyelit jap, padahal tengah siapkan homework. hihi. tambah-tambah lagi tengah praktikal sekarang nie. lagi lah busy, weekend pulak tak duduk diam kat rumah, tak melekat langsung kat rumah. hoho. Alhamdulillah, orang sekeliling aku sangat membahagiakan ☺

Hurm, bukan semua tuh yang nak aku ceritakan. nie lah padahnya kalau jarang sangat update entry, banyak sangat cerita yg nak aku kongsikan dengan korang. rasa nak jerit-jerit je sekarang nie.

Baru-baru nie aku mimpi-kan arwah mama. Ya Allah, hanya tuhan je yang taw macam mana aku rindu sangat dekat arwah. dah setahun enam bulan arwah pergi meninggalkan aku, tapi aku rasa macam baru semalam aku sembang, gelak tawa dengan arwah. ☹ Mama, wani rindu sangat kat mama.

Dalam mimpi tuh, aku jumpa arwah, aku salam dengan arwah, arwah cium pipi aku. sebelum aku terjaga dari mimpi tuh, arwah sempat pegang muka aku, arwah tengok muka aku lama sangat, last sekali arwah cium hidung aku. tapi arwah tak cakap sepatah pon dengan aku. then, terus aku terjaga dari tidur, tengok jam pukul enam setengah pagi. time aku jaga tuh, mata aku berair. aku terus nangis terkenangkan arwah. selalunya, kalau aku teringat kat arwah, aku akan call mak aku, tapi time tuh pagi lagi. aku nak sambung tidur balik, aku berharap aku akan jumpa lagi dengan arwah, tapi teringat yg aku belum lagi solat subuh. ☹

Sebenarnya ada benda yg aku kesal sebelum arwah pergi, aku kesal sangat tak dapat dengar suara arwah buat kali terakhir. aku rasa bodoh sangat sebab tak ikut kata hati aku suruh call arwah sebelum tuh, tapi nak buat macam mana, semua dah terlambat. aku lah orang yg menangis gila teruk time dapat taw arwah dah takde. aku rasa dunia nie gelap sangat. sebab aku manja sangat dengan arwah, arwah salah seorang mak sedara yg paling aku rapat. aku sayang arwah sama macam mana aku sayangkan mak aku. "mama" dengan "mak", kasih sayang aku kat diorang sama.

Aku berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. aminn ! Mama, wani rindu mama. tapi wani tak mampu buat apa-apa, melainkan wani mampu sedekahkan Al-Fatihah buat mama.



#akutakmampunaktulispanjangdah ☹

2 comments:

SakinaDeen ツ said...

be strong my dear. Doakan untuk arwah banyak ye :)

fred said...

Alfatihah untuk arwah