March 1, 2012

Muliakan ibu bapa kita.


ehem. ehem. *clear throat ;)

Alhamdulillah, aku baru je selesai ujian pertengahan semester semalam. itu yang lama dah aku tak update entry tuh. hikhik. bukan malas tapi sibuk sikit. 

saat aku menulis entry nie, fikiran aku sememangnya teringatkan nasib emak ngan abah aku. bersabarlah wahai kedua ibu bapaku, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. 

ok, kembali ke tajuk entry. 
entah lah, kadang-kadang aku tak faham dengan keadaan sekeliling nie. even berkaitan dengan diri aku jugak. susahkan kita nak puasakan hati setiap manusia nie. tak tahulah, buat baik pon dicerca, buat jahat lagi lah teruk kena nye kan.

bila aku tengok keadaan sekeliling aku, Ya Allah, hebadnya dugaan di dunia nie. itu baru dunia, belum akhirat lagi kan. hadoi, aku tak tahu nak luahkan macam mana nie, biar aku share something here, and aku harap apa yang aku nak sampaikan tuh, korang faham ye :)

Derhaka kepada ibu bapa adalah termasuk didalam dosa besar.
#takednote

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan:
Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.

Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik danihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:
Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).




Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

Agak malang bagi kita jika yang masih mempunyai ibu bapa tetapi menderhaka kepadanya. Apatah lagi jika menjadi anak yang derhaka kepada Ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Barang sesiapa yang derhaka kepada Ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. 
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

Percayalah untuk mendapat keredaan Yang Maha Esa, keredaan Ibu bapa adalah merupakan kuncinya. Sesungguhnya jika kita lupa kepada ibu bapa kita dan mengabaikan mereka bukan barang mustahil disuatu hari kelak anak-anak yang menjadi kebanggan kita di hari ini, akan mengabaikan kita jua (mungkin itu balasan yang setimpal buat kita kerana dihari ini kita mengabaikan mereka).

"Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. [Al-Khaf, 18:46]"





----------------------------------------------------------------------------------


Pesanan yang selalu sangat mak aku ulangkan kat adik-beradik aku :
#Jaga nama baik mak abah.
#Anak tuh harta dunia akhirat. "mak abah tak kisah takda harta macam duit, tanah semua, tapi mak abah bersyukur sebab ada anak, itu harta dunia akhirat mak abah"
#Jaga hubungan adik-beradik baik-baik. Jangan gaduh-gaduh.
#Walaupun buruk, hodoh, jahat macam mana ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita selamanya.
*InsyAllah mak abah.


Sumber: Hafizfirdaus.com
               akuanakpahang

No comments: