January 31, 2012

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan !

Assalamualaikum kengkawan :)


Wahh, sangat hepy nie tahu. esok aku cuti, korang-korang yang bukan berada di Wilayah Persekutuan sila jealous hoke. hikhik. walaupun cuti hanya sehari, tapi sangat berbaloi buat orang yang malas macam aku. hewhew. 


Mai nak share sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan nie. aku pon tak tahu gak sejarah dia, tadi godek-godek kat abang google, then terjumpa lah satu blog nie, dia ade stori sikit. jum bace sesame yerk :)


Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan KL :


"Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.


Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Bendera Wilayah Persekutuan KL .


Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia sehingga kini. 



Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan."

Ha, dah tahu kan sekarang ? hee. mekaseh kat blog nie http://www.zulkbo.com
Ok, jum tido. Selamat malam awok-awok ;) "selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan warga Kuala Lumpur






1 comment:

Hidayah Maznan said...

owhh bagus ada cite sejarah. kak dayah just tahun kl dah 38 tahun jd wilayah..