December 3, 2011

: tak pernah bosan.

Assalamualaikum.

Hari nie hari berlalu seperti biasa.
Tiada apa yang menarik.

Bangun pagi macam biasa.
Kemas rumah. Masak.
Kehidupan aku cuti nie dah ibarat
macam seorang suri rumah yang tak
pernah lelah melakukan kerja rumah.
Dan juga tak pernah bosan melakukan
setiap benda yang sama.

Selesai semua kerja.
Lantas jari menekan-nekan remote TV.
Mencari rancangan yang mampu menghilangkan
rasa bosan aku. Malang ! Semua rancangan tak
menarik. Perlahan-lahan merangkak mendekati
Si Buruk aku nie. Arghhh, online lagi !

Baru dua hari cuti, tapi rasa bosan dah
terlalu melebihi had aku.
Mulalah otak merewang berfikir untuk bekerja.
Bingung memikirkan kerja apa yang boleh aku
dapat dengan berbekalkan cuti sebulan nie.
Lupakan jelah WANIE.

Duduk diluar rumah, memandang alam ciptaan Tuhan ini.
Hati berbisik mengatakan " Ya Allah, cantiknya pemandangan ini"
Nikmatnya dapat menghirup udara kampung dengan pemandangan
buah-buahan kayu. Rambutan merah menyala.
Semoga rahmat Tuhan ini sentiasa berkekalan.

Aku mengharapkan supaya hari esok adalah lebih baik
berbanding hari ini. Insyallah.

No comments: