A-S-S-A-L-A-M
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap
Jika nanti Allah pertemukan kita
kau akan selalu membimbingku
agar aku menjadi wanita yang solehah
yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita
di dunia dan di akhirat
iaitu anak yang soleh dan solehah
yang dapat menjunjung tinggi agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita
kau boleh mencintaiku apa adanya
dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh bijaksana
Dan andai aku salah
tegurlah aku dengan kata-katamu
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku lupa
ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri teladan buat aku dan anak kita
hanya kerana :
"Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya.
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu"
for my future Imam in my family.
i thought my mother was the lucky woman in this world.
i also wanna get a husband like my father.
aminnnn.
No comments:
Post a Comment