September 2, 2011

| Masalah Selepas Hari Raya |

A-S-S-A-L-A-M

Ha. amacam raya kali nie? seronok? riang? gumbira? hai, sekarang nie masih lagi mood berhari raya. tetapi kita mungkin tak sedar ape masalah yang akan datang selepas habes nya raya nie. macam-macam masalah akan timbul korang taw tak. same ade kite sedar ataupun tak je. pada pandangan aku, masalah-masalah yang akan timbul selepas musim raya nie :


1. HUTANG YANG BERTIMBUN : ha, tu lahh. sebelum raya, amboi shopping sakan kan. sampai kan semua shopping mall nak pergi. borong berhabisan-habisan. tangan kiri kanan tak cukup nak pegang beg plastik shopping. hai, itulah manusia. hahaha. tapi selepas raya, memang tersiksa lahh dengan hutang-hutang yang bertimbun nak bagai. 


2. BERAT BADAN NAIK MENDADAK : haih. nie masalah biasa. biasa lahh kan bila selepas sebulan menahan diri dari makan minum, bila tiba je raya semua orang kelam kabut melantak nak bagai. makan macam tak ingat hape dah aihh. dah lah time raya makanan kebanyakan nya berlemak belake. rendang daging, rendang ayam, lemang and blablabla. semua tuh kaye dengan kolestrol. mane tak gemuk kan. orang yang takde darah tinggi, kencing manis pon boleh dapat kot penyakit tuh bila musim raya. hahaha. lepas tuh, bila berat dah naik, mula lahh bising, time makan tak mau pulak ingat kan? muahahaha.

PUASA dan SELEPAS raya ! hahaha.

3. ASSIGNMENT AND HOMEWORK : yang masalah nie selalu nya jadi kat student-student lahh. sebelum musim raya, lecturer or cikgu sibuk menambah kan homework. *dan-dan je bagi homework banyak. heee. student pulak, bila raye memang tak lahh nak buat semua homewrok tuh, bz melampau kot time raya. al-maklumlah, nak kutip duit raya lagi, nak pergi open house lagi, nak layan tetamu lagi. haih, macam-macam lahh katakan. conclusion, memang tak cukup masa untuk buat homework. muahahaha. bila bukak je sekolah, mule lahh malam tuh bersengkang mate siap kan homework. masalah-masalah. (bakal terjadi kat aku) heee!

sepatutnya time raya :

TENSION bah!

4. KESIBUKAN JALAN RAYA : tiap-tiap tahun masalah JALAN JEM memang tak dapat nak elak kan. setiap tahun musim raya mesti jem. tak kira lahh raya ape pon. Deepavali ke, Gong Xi Fa Cai ke, memacam lagi, semua jem. Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat =.='


"SELAMAT HARI RAYA"
"MAAF ZAHIR BATIN"









1 comment:

Hanim Irsyad said...

semalam jem teruk.. arrgghh.. tension!

http://irsyanim.blogspot.com/2011/09/raye-jalan-jalan-raye-dan-hantu-bonceng.html