September 6, 2013

Menghitung hari


Tajuk macam menghitung hari nak kahwin je kan. Tak tak, lambat lagi nak kahwin. Hihi. Act, seperti korang sedia maklum aku dah nak kerja, dua hari dua hari dua hari lagi. Sekejap je rasa haa, macam baru je dapat keputusan LJM semalam. 

Lagi dua hari dah nak kerja, tapi aku pulak demam. Mula-mula selesema, lepas tuh demam dan endingnya dengan batuk. Nih pun duk terbatuk-batuk tulis entry nih. Takpe, ujian dari Allah s.w.t nih, Allah tahu aku mampu nak hadapi semua nih sebab tuh Allah uji aku. Alhamdulillah, doakan aku cepat sembuh ye, harap harap sebelum isnin nih. Ameen. 

Taknak lah kerja dengan badan tak berapa sihat nih, sebab nak kerja hadap pesakit, orang tuh dah lah sakit, tak kan aku nak sebarkan penyakit pulak kan. So, harap haraplah aku sihat ye. 

Perasaan nak kerja nih tak taw nak cakap macam mana. Insyaallah ready dah nih :) barang-barang tak habis lagi kemas tapi tak banyak dah, setakat nak isi mana yang tak berapa wajib je tuh. Alhamdulillah banyak yang membantu untuk uruskan hal aku, especially mak abah aku, abangs, kak ipars dan lain-lain. 

Perihal rumah sewa je macam tergantung sikit. Tapi takpe, Insyaallah settle lah tuh dalam berapa hari nih, hope so. Borang-borang penting semua dah siap rasanya. Sekarang nih cuma tuan punya badan je dalam masa perbetulkan nawaitu untuk kerja. 

Okey, next entry aku sambung bila dah start kerja eh, mesti ada banyak benda nak share rasanya. Tapi nak update bila tuh tak taw lah kan sebab malas nak bawak lappy pergi duduk bilik sewa nanti, lagipun mana aku nak cari internet dan dan busy dan dan penat kot dah kerja. But don't worry akan update punya. *buat ayat macam ramai orang stalk blog aku* Okey muntah. Haha.

Lagi sekali mintak korang semua doakan semoga aku dapat department and team-mates yang meletopss eh tak, maksud aku kengkawan kerja atau lagi sesuai dengan panggilan senior yang sangat senang bagi kerjasama, senang sharing knowledge, boleh bertolak ansur, good in communications, dan aku harap sangat mentor aku nanti banyak sangat bagi aku tunjuk ajar. Ameen Ya Rabbalalameen. Semoga aku menjadi seorang yang tabah, cekal, kental, sabar, dan sentiasa tenang, tenang okey bukan blur.. bila bekerja nanti. Dan semoga aku menjadi seorang SN yang yang errr 10s. Hikhik.

Byebye. Mengantuk lepas makan ubat batuk Woods woods.


Sucikan muka aku? Feloless gittew.
Kihkihkih




Love yaa,
Wani.

No comments: