August 27, 2013

Rezeki


20 Syawal 1434H. Haa, masih dalam mood beraya ke? Aku mood raya memang dah lama habis rasanya. Hihi.

Okey, aku bukan nak cakap pasal raya , syawal or whatever yg seerti dengan perkataan tuh lah. Haha. Nampak macam gedik tak? 

Ingat tak sebelum nih aku ada duk bising bising pasal bila nak sampai surat penempatan tuh kan? Err ke takde ehh, buat buat ada je lah. Haha. Alhamdulillah, penantian aku selama tiga bulan dah pun berakhir. Bersyukur sangat sangat. Eh kejap, tiga bulan ke tah? Aku habis belajar pengakhir bulan Jun, sekarang dah akhir bulan Ogos, boleh lah kot dekat tiga bulan kan? kan? 

Berkat doa mak abah aku, Alhamdulillah rezeki aku untuk berkhidmat kat negeri sendiri je. Tapi which hospital aku pun still tak taw lagi, just waiting lapor diri nanti. That time baru diorang bagitaw mana hospital yang aku kerja nanti. And aku sangatlah berharap aku dapat hospital yang dekat dekat aje dalam Perak nih ha, tak nak lah uollz hantar aii olls jejauh sampai Hulu Perak tuh haa. Menangis aii olls taw kalau dihantar kat sana. Haha.

Time dapat taw penempatan tuh, melompat-lompat aku dalam rumah dah macam kera je, Lol. Kaki tangan aku time tuh tak payah cakaplah, sejuk kau ! Sampai ke malam tuh kaki tangan aku sejuk, tak taw pasai pe. Say thanks to my bestfriend "Puteri" sebab dia tolong cek kan untuk aku. Lepas je dapat taw tuh terus call my mom and sempat pulak main teka teki dengan my mom. Dasar budak budak betei kan? Haha. Memang tak dilayan lah kan sebab mak aku nervous jugak. Wahaha. Time tuh rasa macam nak menitik air mata nih, tapi tahan woi tahan sebab ada abang aku time tuh. Mahu kena bahan setahun dengan dia. Lepas call mak, aku call dia, tapi tak berangkat pulak, gemok tuh tidur -.- Aii olls baru nak share. 

Perasaan aku that time tak taw nak describe macam mana sebab aku terlalu happy + bersyukur sangat sangat dengan rezeki yg Allah bagi. Aku asyik fikir pasal mak abah aku je, aku rasa macam "Ya Allah banyaknya aku terhutang budi dengan mak, abah aku". Bergenang weh air mata teringat pengorbanan parents, daripada kecik dah memang macam macam hal sampailah aku dah kerja semua berkat doa mak abah aku, semua hasil titik peluh diorang. Ya Allah :') 

Aku harap sangat aku dapat balas jasa mak, abah aku macam mana besarnya jasa diorang kat aku, Ameen. Bila aku tengok muka mak, abah aku, aku nampak betapa happy, excited nya diorang. Aku pun rasa bersyukur sangat sebab aku diberi peluang untuk bekerja dalam masa umur yang muda macam ni, sementara kawan kawan yang lain still lagi sibuk belajar, lepastuh ada jugak yg dah grad tapi still menganggur. Takpe korang, Insyaallah sampai lah tu nanti rezeki korang. Biasalah cuma lambat atau cepat je, jangan lupa berdoa sebab Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Semoga kita semua sama sama berjaya dunia dan akhirat. 

Last but not least, wish me luck okey. Aii really nervous nak kerja nih, harap sangat aku dapat biasakan diri aku dengan new phase dalam kehidupan nih. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan diri ini dan hamba-Nya yang lain. Ameen. Kerja seorang JURURAWAT bukanlah semudah yang kita sangkakan. Ini yang dinamakan "rezeki".


"KAMI SEDIA MEMBANTU"

"Dimana pun aku ditempatkan untuk bekerja, aku sentiasa bersyukur diatas 
setiap pemberian daripada Allah. Ada hikmah disebalik semua ini. " 
May Allah ease everything for both of us, ameen.
 Long-Distance Relationship. 



Love yu,
Wani.

No comments: