December 6, 2012

Two weeks in HBUK.

Assalamualaikum.

OMG, rindu gila dekat blog nie. haih, berhabuk ditinggalkan dekat dua minggu nie. sorry lah, aku sangat busy dengan praktikal aku dekat HBUK. kalau sesape yang ade baca entry before nie mesti taw ape itu HBUK. 

Finally, tamat jugak dua minggu praktikal kat HBUK. satu pengalaman yang sangat sangat berbeza dengan praktikal kat hospital biasa. serius seronok dan sangat mencabar. dua minggu praktikal kat sana tak cukup untuk belajar semua, just sekadar belajar basic basic macam tuh je. 

Tanggapan orang luar termasuk lah aku sebelum nie terhadap pesakit mental kat dalam HBUK sangat berbeza. apa yang kita tengok dalam dunia lakonan yang duk berlakon sakit mental tuh dengan keadaan sakit mental yang sebenar sangatlah berbeza. keadaan pesakit mental yang sebenar takde lah seteruk mana didalam dunia lakonan tuh.

Pesakit kat HBUK, bukan hundred percent mental problem yang sangat kritikal. sesetengah daripada dorang ada yang mampu bekerja. ada yang bekerja kat dalam hospital tuh, ada jugak yang bekerja kat luar. tapi kebenaran bekerja tuh semua nya atas kelulusan dari doktor. first day praktikal kat sana, boleh dikatakan takut jugak nak bermesra macam tuh dengan pesakit, tapi lepas je orientation semua, Alhamdulillah semuanya okay. 

Mana pesakit yang tak aggresive macam tuh, kiteorang treat dorang macam kawan kawan je. ade jugak yang kiteorang treat macam mak sendiri, nenek sendiri, sebab nya pesakit kat dalam sana macam macam peringkat umur ada. even jarak umur sangat berbeza, tapi semua tuh tak halang kiteorang tuk beramah mesra dengan pesakit. aku tak nafikan memang ada jugak pesakit yang tak bagi kerjasama, tapi takde hal lah, kita pon faham kan mental dorang macam mana. kalau sekali kau ajak dorang untuk main atau makan, kalau dorang tolak, kau jangan pandai pandai nak paksa, pujuk berkali kali, nanti ada yang makan penampa sulung. haha. itu memang kena faham kan sangat sangat. kalau kena marah dengan dorang, tak payah nak abik hati, kalau kau ambik hati, kau patut nilai diri kau "aku ke dia yang sakit mental sebenarnya nie" haha.

Praktikal kat HBUK sangatlah rileks. betul kata lecturer aku "nanti kat sana berehatlah sepuas puasnya". haha. yeah! thats right. kat sana, kiteorang just buat aktiviti dengan pesakit. macam macam aktiviti contoh macam music therapy { music chair, karaoke }, sukaneka, sahibba, saidina, chess, buat kraftangan macam tuh, mewarna. then kekadang suap pesakit makan untuk pesakit yang tak mampu makan sendiri. see, sangat rileks kan? 

Before last day praktikal kat HBUK, group aku buat satu sukaneka dengan pesakit. serius seronok ! seronok sangat dapat tengok pesakit pesakit happy. bukan senang taw nak tengok dorang gelak ketawa macam tuh. selalu duk tengok dorang gelak halusinasi sengsorang kan, nie dapat tengok dorang happy sesama. tapi kekadang terasa macam kiteorang pon mental sekali bila melayan karenah pesakit pesakit tuh. haha.

Last day tuh, kiteorang ade door gift macam tuh untuk dorang. wah wah, kemain seronok dorang. hik hik. habis je praktikal kat HBUK, terus gerak gi KL :)

Nah, aku share gambar sikit. tapi gambar pesakit takde sebab 
tak boleh bergambar dengan dorang.


Yang nih lepas sukaneka.







Thanks kengkawan yang dah banyak bekerjasama selama 
dua minggu kat HBUK.
Dari misi wani :)







No comments: