December 13, 2012

Jangan jeles dengan aku.

Assalamualaikum ❤

Setiap hari aku kesini, kerana berbagai cerita indah di kala kehidupan aku buat masa ini. aku ingin kongsikan bersama, tetapi biarlah dulu. mungkinkah sedang berbahagia ? dan mungkin juga keadaan seperti biasa.

Tidak banyak perubahan yang berlaku di dalam kehidupan aku kala ini, tapi hanya cerita cerita indah, mungkin indah bagi diriku seorang. mungkin !

Buat masa ini, aku lebih suka, senang mendiamkan diri, menganyam segala impian dan keinginan yang bermain di fikiran aku. hati juga mungkin. biarlah ianya rahsia buat diriku seorang.

Tak semua orang merasakan keindahan aku bersama bila aku kongsikan, mungkin ada yang iri hati. dan aku tidak mahu rasa itu hadir didalam diri yang lain, kerana aku mengharapkan yang lain mendoakan kebahagian aku bukannya membenci aku.

Insyallah suatu hari nanti mungkin akan aku kongsikan bersama. (◡‿◡✿)


" Rasa sayang itu Allah yang punya, tepuk dada tanya yang Satu"


ᏕᎥᏱᏟᎬᎨᎬᏞᎩ ,
ᏟᏂᎬ ᏯᎯᏱᎥᎬᎩ☺  


No comments: