May 20, 2012

Karnival sukan 2012-HKL

Assalamualaikum.
selamat petang. #kalau tengah bace blog aku nie tengah malam, jangan bace "selamat petang" taw.

sekarang nie aku dah jarang sangat update entry kan kat blog. mood tak berape nak mendatang sangat. even last week ward aku praktikal tak busy mane, tapi aku memang malas sangat nak update. hewhew. and now, petang nie, aku rasa macam kesian pulak kat blog nie terabai cenggitu kan. kate blogger tegar #ok aku tipu tuh. lepas nie kalau tak nampak aku update kat blog tolonglah ingat yang aku memang malas nak update. #dah banyak kali aku mention kan yang aku memang pemalas.

nope. aku bukan nak stori pasal sikap teruk aku tuh. haha. nak stori yang semalam aku gi senam robik kat #HKL a.ka Hospital Kuala Lumpur. tujuan aku gi senam robik bukan untuk kurus ye. tapi memang tuh niat aku. Eh? act, semalam ade #karnival sukan 2012 sempena hari jururawat & hari ibu. aku gi ngan budak-budak kolej aku and dua orang lecturer kami.

pagi tuh ade senam robik, pergh, kejang otot punggung aku weh, ko bayangkan, aku rase dah dekat setahun tak senam robik. shortness-of-breath jugak lah mule tuh, dah lame tuh baru ok skit. #padan muke aku sebab malas sangat senam sebelum nie. aku rase semalam mesti lemak aku terkejut, sebelum nie sedap je dorang bertepu kan, tetibe semalam terbakar skit. haha. #maaf  wahai lemak-ku, aku tidak lagi bisa membenarkan korang bertepu dalam badan aku. LOL.

bukan setakat senam robik je, lepas timbalan menteri kesihatan berucap, ade sukaneka plak. haih, ape lagi, serbu lah kaunter daftar. dah lame kotss tak main sukaneka, rindu zaman sekolah dulu kan. hikhik. nah. nah. aku ade gambar tuk korang :)

 nurses yang sihat :D






muke ayu tak rela snap dengan aku. so sad.

Rose dari mtaron HKL :)
#aku tipu je tuh

Eh tetibe je pakai uniform kan? 
nie nurses day kat kolej haritu :)

Okbai. 
Dari SN comel HAZWANI :D





No comments: