March 15, 2012

4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka (sharing is caring)


nak guna panggilan diri sebagai saya ;)

herher. entry nie saya just nak share ilmu dengan awak-awak sekalian. 

tadi time blogwalking terjumpa article nie, then rasa menarik sangat nak share dengan awak-awak :)

jum baca sesama. hikhik.

--------------------------------------------------

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. kita sebagai kaum wanita, janganlah terasa kecil hati dengan artikel sebegini. sebaliknya kita jadikan sebagai peringatan untuk diri kita. InsyAllah. dan juga sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah serta berwaspada dengan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya.

Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas dipejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim, apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia turut akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayanhnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibunya membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja didunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kepada kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak, haruslah memainkan peranan masing-masing.

-------------------------------------------------



Wallahua'lam :)

sumber: mynewshub



No comments: