November 10, 2011

: Jika itu telah ditakdirkan untuk aku.

Aku memulakan dengan kalimah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Demi Allah yang menguasai jiwaku
Demi Allah yang menentukan hidup matiku
Demi Allah yang mencintai setiap makhluknya.

Hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna
Banyak yang perlu dikorbankan
Banyak juga yang perlu dilepaskan
Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah
Sesekali melangkah gagah tersenyum megah
Sedar tak itu semua memerlukan pengorbanan?
Menentukan kesabaran dan air mata.

Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul
Usah gusar pada anugerah Tuhan
Anggaplah sesekali dugaan itu untuk mematangkan
dan mengajarkan kita untuk bangun semula
menjadi manusia sesempurna seorang insan :)


#19tahun telah mengajarkan aku erti kehidupan
  sedikit demi sedikit. Tak semua pengajaran itu manis.
  Walaupun pahit, terimalah dengan redha
  kerana ia mematangkan kita :)
  InsyAllah.

ILUVISLAM.

No comments: